Assalamualaikum wbkth dan salam sejahtera
Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya
saya dapat menghasilkan satu karya untuk panduan pembaca menjadi seorang speaker dan
presenter yang bertaraf world class.
Karya ini adalah berdasarkan daripada sumber berikut:
➢ Berguru dengan mentor mentor saya antaranya;
- Mr. Dananjaya Hettiarachchi, World Champion Public Speaker 2014
- Dr Hj Azizan Osman, Usahawan, Mentor Perniagaan & Pemasaran
- Dato’ Dr Rusly Abdullah, Mentor Jutawan Senyap,
- Ustaz Muhammad Bin Abdullah Al – Amin, Pendakwah bebas
- Tuan Hj Fadzli Yusoff, Pakar Motivasi, Penulis & Pengasas NLP Malaysia Center
Dan ramai lagi.
➢ Pembacaan saya dengan buku buku dari luar dan dalam Negara
➢ Pemerhatian saya semasa saya mengendalikan seminar dan bengkel
➢ Pemerhatian saya daripada speaker speaker dalam dan luar Negara
Saya sangat percaya, dalam hidup, apa juga yang kita lakukan mesti ada cara untuk
melakukan sesuatu dengan cepat dan berkesan, mesti ada seni yang perlu diikuti supaya
outcome sesuatu itu dapat dihasilkan dengan pantas dan berkualiti.
Sama juga bila kita menjadi seorang speaker atau presenter.
Nah inilah yang akan saya share pada anda, Seni sebagai World Class Speaker.
Adakah anda bersedia ?
Kalau anda bersedia katakan “ Yes I am Ready !!!! “ kepada diri anda