Offer (tawaran) ini macam gula.
Letak dalam air teh, ia jadi manis dan sedap.
Kalau tak ada gula, maka biasa saja rasanya.
Untuk jual penapis air, kita tak banyak pilihan. Jika kita mahu bagi free gift, bergantung pada pihak HQ.
(Perlu rujuk semula dengan polisi HQ)
Apakah contoh-contoh offer yang berkesan? Rujuk balik langkah 1.
Jangan risau, saya bagi contoh supaya ia dapat bagi kita idea permulaan.
Customer: Kita jual pada anak-anak yang beli penapis air untuk ibu bapa di rumah.
Contoh offer:
+ Sejadah (Untuk ibu bapa).
+ Al-Quran (Untuk ibu bapa).
+ Ebook kewangan (Untuk anak).
+ Smartwatch (Untuk ibu bapa atau anak).
+ Hamper (Untuk ibu bapa)
+ Canvas wall art (Letak gambar keluarga).
Ada salah satu idea yang saya bagi di atas memang proven.
Prospek terus nak beli dengan kita (walaupun ada beribu pesaing lain).