*Pastikan anda download framework ini di email. Selepas anda mendaftar di link https://nak.info/4panduan

Saya tulis ini berdasarkan framework “Strategi Launch Dalam Masa 24 Jam.”
1 - Distribution.
Kenal pasti dulu medium yang kita gunakan untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
Pecahkan kepada online dan offline.

2 - Offer.
Apa tawaran yang kita mahu berikan kepada bakal customer kita?
Kita pecahkan kepada 5 bahagian iaitu.
2.1 – Tarikh jualan dibuka.
Letak tarikh yang kita selesa. Maksimum 7 hari dari sekarang.
Contoh: 20hb September 2023 (Rabu).
2.2 – Waktu jualan dibuka.
Hadkan maksimum 4 jam saja.
Contoh: Dari pukul 8 malam hingga 11.45 malam saja.
2.3 – Fast action bonus.
Apakah ganjaran kepada pembeli pantas apabila jualan dibuka nanti?
Contohnya: Kerusi urut Ogawa bernilai RM2,000.
2.4 – Main bonus.
Apakah hadiah yang semua bakal customer bakal dapat khas pada tarikh itu?
Contoh: Semua pembeli dapat handbag, smartwatch dan tudung.
2.5 – Surprise bonus.
Apakah hadiah yang kita akan bagi (tapi tak beritahu) kepada customer selepas habis launch?
Contohnya: Percuma travel kit serum.

3 - Prelaunch.
Maksudnya kempen marketing, content dan ads creative yang kita akan laksanakan pada semua distribution tadi.
Objektif: Tambah jumlah prospek yang berminat dan isi borang waiting list.
3.1 – Aktiviti prelaunch.
Boleh rujuk contoh aktiviti marketing sepanjang proses sebelum jualan dibuka pada tarikh dan masa yang kita tetapkan:
+ Launch FB Ads & Instagram Ads.
+ Blast kepada prospek dan customer database (Email & Whatsapp).
.
3.2 – Jenis-jenis content prelaunch;
+ Content manfaat produk.
+ Content testimonial.
+ Content fast action bonus.
+ Content main bonus.

4 - Launch.
Launch pula adalah aktiviti paling kritikal selepas prelaunch.
Kita akan gunakan segala distribution channel untuk rasmikan product launch.
Contoh aktiviti launch:
+ Blast Whatsapp untuk semua prospek yang isi borang waiting list. Maklumkan jualan sudah dibuka.
+ Buka sistem jualan pada waktu yang ditetapkan.
+ Tutup sistem jualan pada waktu yang ditetapkan.

5 - Post launch review.
Kaji hasil launch kita.
Samada berjaya atau tidak, pasti akan ada elemen yang kita boleh tambahbaik untuk launch seterusnya.
Jawab 3 soalan ini:
5.1 – Apa yang berkesan?
Contoh: Fast action bonus bagi sales 5 angka dalam masa 60 saat pertama selepas jualan dibuka.
.
5.2 – Apa yang tak berkesan?
Contoh: Conversion kurang memuaskan. Tak berjaya capai minimum 20% walaupun guna database customer sedia ada untuk dibawa ke waiting list.
.
5.3 – Apa yang boleh ditambahbaik di masa akan datang?
Contoh: Boleh kekalkan fast action bonus yang sama untuk next launch.
Buat survey untuk blast kepada waiting list yang tak convert tentang kenapa mereka tak grab offer kita.

6 - Indikator conversion untuk setiap launch?
Jika guna prospek yang tak membeli lagi sebelum ini: 1% – 15% saja.
Jika guna customer database yang pernah membeli: 20% – 80%.

Belajar sesuatu?
Ada tiga perkara yang saya mahu anda lakukan:
Buat: Lakukan aktiviti ini sekarang.
Reply: Kongsikan apa yang anda buat dengan kami.
Hadir: Hadir ke kelas Hack A Launch. Tarikh kelas terbaru dah ada (sebelum sold out lagi sekali):
Daftar Hack A Launch Sekarang!
