Saya diberi kepercayaan untuk handle satu kempen product launch.
Produk agak sensitif.
Masa itu, saya guna pengalaman kecil uruskan perbelanjaan paid ads sebanyak 7 angka setahun untuk klien-klien.
Saya ingat nak guna semula untuk tujuan product launch ini.
Alhamdulillah, 2 minggu pertama gagal teruk.
Berbelas ads account disable.
Siap meeting online dengan orang kuat Facebook Ads untuk berbincang dan berdamai.
Tetap gagal.
Timeline pula agak padat.
Tinggal beberapa minggu saja lagi untuk push produk ke market.
Brainstorm punya brainstorm, saya dapat idea yang agak berisiko.
Kenapa berisiko?
Sebab saya tak pernah buat on high scale (spend besar untuk strategi ini).
Tapi itulah, desperate time required desperate decision.
Maka saya pun pilih untuk all out strategi influencer marketing.
.
Apa saya belajar ketika buat strategi ini dan berjaya membantu klien capai sales 8 angka dalam masa sebulan?
1 – Apabila kita tahu strategi kita berisiko, maka fokus untuk kurangkan risiko ke para minimum.

Influencer marketing ini sangat volatile.
Kita tak boleh main pilih dan bayar saja.
Maka kawan saya dari luar negara cadangkan guna website seperti HypeAuditor.
Saya boleh kaji engagement rate.
Berapa peratus followers yang fake dan original.
Berapa banyak brand yang mereka pernah bekerjasama.
Kemudian yang paling penting, apakah jenis posting mereka yang mempunyai high engagement.
(Apabila mereka buat product review)
Ini paling penting dan membantu kami kurangkan minimum dan maksimumkan potensi.
2 – The art of negotiation.
Influencer ini ada macam-macam perangai.
Ada yang senang nak deal.
Ada yang poyo nak mampus.
Ada yang ego tak bertempat.
Ada yang jenis menurut perintah.
Saya tak ada formula spesifik di sini.
Apa yang saya belajar, tak semestinya influencer itu ramai follower harganya mahal.
Ia bergantung pada produk kita.
Saya pernah dapat beberapa influencer yang cakap,
“Aku suka produk kau. Biar aku tolong for free.”
Ini ayat daripada influencer yang ada 100,000 ke 500,000 followers ya. Haha.
At the end of the day, it is the art of negotiation.
Yang penting, semua pihak menang.
3 – Memahami 3-tier influencers.
Masa itu, team saya pecahkan kepada 3 tier influencer.
Bukan sistem binary, cari 2 orang sampai mati, buka matahari dan segala bapak scam MLM.
Haha.
- Tier 1 influencers – Golongan artis yang ada akaun social media.
- Tier 2 influencers – Bukan golongan artis, tapi individu yang memang popular di social media.
- Tier 3 influencers – Individu yang namanya sedang naik tapi masih belum popular.
(Budak Budak Baru Nak Up – BBNU. Haha)
Sebab apa ada pecahan 3 tier?
Senang kita nak uruskan setiap kategori.
Macam saya cakap, 3 kategori ini ada perangai dan cara berurusan yang berbeza.
Bonus – Buat post serentak.
Cara ini kalau menjadi, memang jahanam inventory sebab laku keras.
(Sebab klien sampai kena marah 2 minggu berturut-turut. Haha)
Setiap influencer yang kami deal, kami cuba letakkan 1 tarikh rasmi di mana majoriti akan buat posting produk.
(Tapi dengan cara yang berbeza, ingat poin 1 tadi sebab team dah buat research jenis post yang sesuai untuk setiap influencer)
Apa berlaku bila majoriti influencers ini post serentak?
Auto-viral. Auto-market terkejut.
Jika produk itu memang ada demand, Insha Allah sold out sampai boleh pergi Haji balik hari.
Thats that.
Ini sedikit sebanyak strategi influencer yang saya gunakan beberapa tahun lalu.
Masih lagi berkesan.
Tapi mungkin kaedahnya sedikit berbeza sekarang. Who knows.
Belajar sesuatu? Komen dan jangan lupa datang ke kelas online Rapid Copywriting Framework (100% percuma)

Jangan lupa komen apa yang anda belajar dan apa yang anda akan buat selepas baca post ini.
Jangan lupa share post ini kepada rakan-rakan anda.
Saya juga nak jemput anda untuk masuk ke kelas Rapid Copywriting Framework. Ini kelas online 100% percuma.
Kita sama-sama belajar dan terus buat kempen marketing dalam masa 2 jam. Berdasarkan case study yang berjaya hasilkan sales RM1 juta sebulan.
Sesuai untuk founder dan ecommerce player.