Jangan sia-siakan aset emas kita yang paling bernilai.
Jika tak ada idea dan sistem untuk kita maksimumkan sales guna customer database, boleh guna langkah-langkah di bawah..
1 – Faham dulu matlamat kita. Samada kita mahu mereka dapatkan produk baru, atau beli produk sedia ada (repeat order).
2 – Jika repeat order, fokus kita adalah melakukan bundle offer.
3 – Contoh bundle offer? Beli 3 dapat 1 harga istimewa.
4 – Bundle offer saja tak cukup. Kita ini manusia. Kita bertindak berdasarkan jangka masa yang ditetapkan.
5 – Buat tawaran ini hanya sah dalam masa 24 jam saja (contoh).
6 – Selepas selesai merangka tawaran ini, baru kita lakukan kempen pra-pelancaran.
7 – Hari ini, kita hantar SMS, email dan Whatsapp untuk ucapkan terima kasih kerana support bisnes kita.
8 – Kemudian, maklumkan yang kita akan buat tawaran khas.
9 – Have a story. Kenapa kita buat tawaran khas? Adakah ceritanya mengenai customer appreciation day? Adakah ceritanya mengenai hari-hari istimewa (kucing lahirkan anak, hari raya dan sebagainya)?
10 – People buy stories. Bila ada cerita yang kuat disebalik tawaran, pelanggan tak rasa kita memaksa untuk mereka membeli.
11 – Keesokan harinya boleh terus buka tawaran itu.
12 – Perhatikan conversion rate, berapa peratus yang convert.
13 – Jika tawaran itu menjadi, maka kita boleh lakukan pada bulan hadapan sekali lagi.
14 – Jika tak menjadi, maka kita perlu tukar.
15 – Sebaiknya purata conversion rate minimum 20% ke atas. Kerana ia adalah customer sedia. Mereka orang yang dah pernah ada pengalaman guna produk atau servis kita.
16 – Jika mereka berpuas hati sebelum ini, conversion akan menjadi sangat tinggi.
17 – Ini adalah salah satu strategi yang saya dan partner saya (Uncle Tiger) tulis dalam buku Hack A Launch.
18 – Buku Hack A Launch adalah buku lengkap mengenai strategi, marketing, product launch dan copywriting. Berdasarkan real case study yang dah hasilkan jutaan ringgit.