Cara guna database sedia ada buat product launch (kos bawah RM240)?

Author picture

Cara guna database sedia ada buat product launch (kos bawah RM240)?

Kali ini, saya nak cerita strategi praktikal yang terus boleh buat dalam masa 24 jam.

Jika kita serius, kita pasti boleh buat.

Jika sekadar baca dan termenung, memang tak jadi apa.

Jadi harapan saya cuma satu: Buat terus!

Sebab strategi ini sangat sesuai untuk semua founder, stokis, ejen, dropship dan affiliate yang ada minimum 1,000 customer database.

Customer database: Jumlah customer yang pernah membeli dengan kita. Minimum dalam tempoh 12 bulan.

1 – Customer database minimum 1,000

Kenapa 1,000 customer database?

Berdasarkan eksperimen dan pengalaman kami sendiri, angka 1,000 ini memang bagi impak yang besar.

Saya bagi contoh supaya kita nampak lebih jelas:

  • Customer database: 1,000 pembeli dalam masa 12 bulan.
  • Conversion rate: 10% hingga 50%.
  • Harga produk: RM149
  • Potensi sales: RM74,500 (50% conversion)
  • Kos marketing: Bawah RM2,000.

2 – Guna SMS 3 kali.

Saya nak mudahkan kerja.

Supaya kita boleh bertindak dalam masa 24 jam atau kurang.

Kenapa guna SMS? Kenapa 3 kali?

Sebagai contoh:

3 Jenis Strategi SMS: Announcement. Launch. Thank you.

3 – SMS 1: Announcement.

Langkah pertama? Kita umumkan yang kita buat tawaran istimewa pada keesokan hari.

Kalau nak cepat, boleh buat tawaran dalam bentuk diskaun.

Saya bagi contoh terus:

Produk: Slimming.

Tawaran: Diskaun 50% untuk pakej 3 botol.

Harga asal: RM300.

Harga diskaun: RM149 (Termasuk free postage).

SMS 1 (Announcement):

[Nama Brand] Tawaran diskaun 50% khas untuk semua customer. Esok start pukul 8 mlm – 11 mlm saja. Klik sini: (websiteanda)

Kos SMS: RM80 (1,000 customer x RM0.08 kos SMS)

.

4 – SMS 2: Launch.

Pukul 8 malam (jika ini masa yang kita pilih), terus blast SMS launch.

Ayat pun guna yang simple saja. Sebab kita guna customer database saja.

Sebagai contoh:

SMS 2 (Launch):

[Nama Brand] Dah boleh grab tawaran diskaun 50% sekarang. Tamat pukul 11 mlm ini. Beli di sini sekarang: (websiteanda)

Kos SMS: RM80 (1,000 customer x RM0.08 kos SMS)

Total kos SMS setakat ini: RM160

.

5 – SMS 3: Thank you

Dah dapat sales? Tawaran dah tamat?

Masa untuk ucapkan terima kasih kepada semua customer.

Simple gesture. Act of kindness.

Mereka membeli sebab percaya pada kita. Cara kita balas kepercayaan mereka adalah dengan mengucapkan terima kasih.

Tak kisah launch kita ini gagal atau berjaya.

Contoh SMS Thank You:

SMS 3 (Thank you):

[Nama Brand] Terima kasih kepada semua customer kami yang grab offer special ini. Tanpa anda siapalah kami. Love you!

Kos SMS: RM80 (1,000 customer x RM0.08 kos SMS)

Total kos SMS setakat ini: RM240

Saya dah tunjuk secara detail.

Strategi, contoh dan juga kos.

Sekarang semuanya berada dalam tangan anda. Buat keputusan sekarang.

“Ini buku online marketing, copywriting dan product launch paling lengkap pernah kami tulis.”

Lebih 8 angka sales yang telah dihasilkan dalam masa 3 tahun daripada pembaca-pembaca buku Hack A Launch.

>> Dapatkan buku Hack A Launch + Free 15 Framework Saiz A3 + Free Kelas Online Hack Your Sales selama 3 hari (Bernilai RM997) <<

This image has an empty alt attribute; its file name is dapatkan-sekarang-buku-hackalaunch.gif
Scroll to Top
Scroll to Top
× Perlu Bantuan?