Bagaimana buat produk makanan sentiasa sold out setiap minggu?

Author picture

Bagaimana buat produk makanan sentiasa sold out setiap minggu?

Tulisan ini khas untuk usahawan makanan.

Saya tak janji confirm jadi.

Tapi saya janji, confirm boleh buat.

Pengalaman saya melihat kawan-kawan yang gabungkan strategi launch untuk produk makanan:

1 – Mereka akan guna model bisnes yang paling selamat: pre order.

2 – Kenapa selamat? Kita boleh uruskan risiko.

3 – Kita boleh set jumlah maksimum order. Supaya kita masih boleh jaga kualiti makanan.

4 – Bila order makanan terlalu banyak dan melebihi kapasiti, biasanya kualiti akan terjejas.

5 – Produk makanan ini sangat berisiko. Sedap dipuji dan dilambung tinggi.

6 – Jika tak sedap, dikeji sampai tak ada orang pun sanggup cuba lagi.

7 – Sebagai contoh, kita boleh tampung 100 order maksimum setiap hari.

8 – Maka benchmark kita sold out adalah berjaya jual 100 unit.

9 – Bila dah tahu benchmark, baru kita fikirkan strategi dan taktik untuk capai 100 unit sehari tadi.

10 – Tawaran. Kena ada tawaran yang gabungkan elemen special, limited time dan limited unit.

12 – Guna sekali elemen siapa cepat, dia dapat hadiah special.

13 – Sebagai contoh? Jual nasi ayam.

14 – Special? Rasa dan cara penyediaan.

15 – Limited time? Sehari sebelum saja boleh order. Dari pukul 8 malam sampai 11.45 malam saja.

16 – Limited unit? Maksimum 100 order saja. Habis, tutup.

17 – Siapa cepat dapat hadiah special? 50 pembeli pantas masa pre order dibuka, dapat air sirap selasih homemade (yang tak boleh dapat di mana-mana).

18 – Dah selesai bina strategi, baru fokus pada jenis-jenis kempen marketing.

19 – Baru kita buat video untuk persembahkan produk dan tawaran.

20 – Baru kita tunjukkan betapa sedapnya nasi ayam ini (cara penyediaan, testimonial customer dan sebagainya)

21 – Baru kita tunjuk cara untuk pre order supaya orang rasa mereka perlu cuba.

22 – Sekali lagi, its all about your business model and strategy.

23 – Makanan viral, strategi power, tapi kalau kualiti out, itu tiket ke arah penutupan bisnes.

24 – Dalam buku Hack A Launch, saya bentangkan pelbagai jenis case study yang lebih terperinci.

25 – Bisnes makanan ada macam-macam strategi launch yang boleh kita gunakan.

26 – If done right, benda ini boleh diulang setiap minggu.

27 – Kerja marketing dah ada SOP, production boleh maintain kualiti, baru senang nak scale up.

28 – Dapatkan buku Hack A Launch. Sebab boleh guna untuk bisnes makanan.

“Ini buku online marketing, copywriting dan product launch paling lengkap pernah kami tulis.”

Lebih 8 angka sales yang telah dihasilkan dalam masa 3 tahun daripada pembaca-pembaca buku Hack A Launch.

>> Dapatkan buku Hack A Launch + Free 15 Framework Saiz A3 + Free Kelas Online Hack Your Sales selama 3 hari (Bernilai RM997) <<

This image has an empty alt attribute; its file name is dapatkan-sekarang-buku-hackalaunch.gif
Scroll to Top
Scroll to Top
× Perlu Bantuan?