Case Study: 4 perkara yang marketer boleh belajar melalui Industri K-POP

Author picture

Case Study: 4 perkara yang marketer boleh belajar melalui Industri K-POP

Kenal dengan Blackpink, BTS, G-Dragon, Girls Generation atau Psy (Gangnam style)?

Tahu tak apa yang mereka buat sampai boleh jadi sambutan daripada jutaan peminat di seluruh dunia.

Malah pada tahun 2020, nilai industri ini sudah mencecah $5 Billion.

Ya, 5 Billion Dollar ya bukan Rupiah.

Apa yang kita sebagai marketer boleh belajar daripada mereka ini?

Jom sama-sama kita kupas.

1. Be versatile

Bayangkan kita sebagai pengeluar kasut, dan produk pertama kita adalah kasut untuk jogging.

Untuk beberapa bulan seterusnya, kita terus keluarkan produk yang sama (tanpa ubah atau tambah baik) apa-apa pun.

Semua content dalam aktiviti marketing seperti Social Media dan blog kita adalah tentang kasut jogging tersebut.

Soalan yang kita perlu jawab:

Adakah audien kita akan rasa bosan? – Ya, mereka akan rasa bosan

Adakah kita akan rasa bosan? – Mungkin juga.

Apa yang menarik tentang industri musik kpop ini adalah mereka boleh jadi versatile dalam penghasilan muzik dan gaya yang mereka bawa.

Sebagai contoh:

Kumpulan BTS lebih ketengahkan muzik yang kita akan rasa relax bila dengar.

Manakala kumpulan Blackpink pula lebih kepada Dance Music yang buat anda rasa perlu menari bila dengar.

Apa yang kita boleh belajar dari sini dan kita boleh apply dalam kempen marketing?

Dalam kempen marketing, untuk jadi kreatif adalah penting.

Upgrade ‘campaign design’ kita dan ketengahkan content yang berlainan. Ini akan buatkan audien lebih teruja bila baca content kita.

Sebagai contoh:

Keypoint di sini: Tak semestinya kita kena fokus kepada produk. Boleh gunakan environment yang terlibat dengan produk kita.

Asalkan mesej tentang produk/servis masih tepat dan jelas.

2. Kempen marketing mereka ada mesej yang PADAT dan JELAS.

Lagu adalah produk kepada penyanyi dalam industri Kpop.

Cinta, Harapan, Ketabahan dan Good Vibes.

Ini tema mesej yang kerap ditonjolkan dalam kebanyakan lirik lagu dan music videos artis di bawah industri Kpop.

Malah sampai hari ini kebanyakan daripada mereka masih gunakan tema mesej yang sama.

Tapi apa yang buatkan audiens tak bosan?

Walaupun tema yang sama, tapi mesej yang disampaikan dalam content mereka adalah berbeza dan jelas. Mudah untuk audiens faham.

.

Apa yang kita boleh belajar daripada mereka untuk kempen marketing?

Dalam kempen marketing, sangat kritikal untuk ada mesej yang padat dan jelas supaya pelanggan senang nak ingat brand kita.

Sebagai contoh mesej dalam kempen marketing yang padat dan jelas:

3. Engagement

Ya, anda tak salah baca.

Engagement adalah perencah yang penting dalam kempen marketing.

“Engagement is like the bread an butter of any marketing strategies”

Majoriti selebriti Kpop dikenali di serata dunia.

Di Malaysia saja dah ada berjuta fan base mereka ini.

Tapi walaupun dah dikenali serata dunia, selebriti-selebriti ini tetap engage dengan peminat mereka secara kerap.

Sebagai contoh, mereka kerap buat live video di akaun media sosial mereka.

.

Macam-macam content yang mereka buat dalam live video, tak terlalu terikat dengan content pasal karier mereka saja.

Semudah-mudah live video tentang social distancing dan travel restriction pun boleh dapat 5 juta views.

Dahsyat bukan?

So apa yang marketers boleh belajar di sini?

.

Tak kisah lah brand kita dah besar atau dah terkenal, engagement dengan customer adalah sangat penting.

Sangat berbaloi kalau kita laburkan sedikit masa dan usaha untuk buat aktiviti engagement ini.

Sebagai contoh:

1. Adakan live setiap hari Jumaat tentang topik yang berkatian dengan produk/servis kita

2. Adakah lucky draw untuk customer yang bertuah setiap bulan.

Engagement yang konsisten akan bantu kita…

4. Bina “Loyal Customer Base”

Pernah dengar BTS ARMY atau Blackpink BLINK?

Ini adalah fanbase mereka yang ada di serata dunia, dan mungkin yang paling aktif pernah ada.

Selain datang konsert dan livestream, promosikan content secara online, dan sokong produk (lagu/album), ada di antara fanbase mereka juga yang sampai level “kutip derma” untuk peminat yang tak mampu untuk beli tiket konsert atau cenderamata.

Gila bukan?

.

Bayangkan berapa banyak kos marketing yang dapat dikurangkan bila ada fanbase yang macam ini.

Apa yang ARMY atau BLINK boleh ajar kita?

Keypoint yang paling penting adalah, pelanggan yang setia (Loyal Customer) adalah senjata utama kita bila nak buat offiline marketing.

Bayangkan setiap kali launch produk baru, petik jari je mereka dah berebut nak beli.

Dan yang paling best, tanpa mereka sedar akan ada customer baru yang mereka bawa sekali.

FREE or Cheap “Word of Mouth” marketing strategy.

.

Belajar sesuatu dalam perkongsian kali ini.

Kalau anda belajar sesuatu, bantu kami untuk sampaikan manfaat ini kepada lebih ramai orang di luar sana.

Mudah dan percuma saja kan?

Jom tekan butang share di bawah ini ramai-ramai.

Kita jumpa lagi dalam perkongsian yang seterusnya.

Scroll to Top
Scroll to Top
× Perlu Bantuan?