Apa yang anda boleh buat dengan database customer yang dah pernah membeli dengan anda?

Apa yang anda boleh buat dengan database customer yang dah pernah membeli dengan anda?

Selalunya pemilik bisnes akan ada 3 situasi macam ni dengan database mereka.

1 – Simpan je.

2 – Guna untuk blast mesej atau follow up.

3 – Untuk upsell ke produk lain.

Anda rasa anda yang mana satu?

Biasanya yang selalu saya tanya kepada pemilik bisnes, rata-rata mereka ni tergolong dalam situasi 1 dan 2.

Palng rugi jika anda dalam situasi no 1.

Sebab apa? Sebab anda dah ada asset paling bernilai. Mereka dah pernah membeli dengan anda, jadi mereka dah percaya yang produk anda tu adalah terbaik.

Okay, saya nak bagi anda 2 tips apa yang anda boleh buat dengan database customer anda. Anda boleh terus praktikkan.

1 – Susun database customer anda.

Apa yang anda perlu buat terlebih dahulu, ialah susun database customer anda. Guna Microsoft Excel je.

Macam mana nak susun?

Anda susun dari customer yang jumlah pembelian dia tertinggi, kepada yang paling rendah.

Lepas tu anda gred kan mereka kepada Customer Platinum, Gold, Silver atau Bronze.

Terpulang kepada anda nak kategori kan macam mana. Saya bagi contoh seperti di atas.

Tujuan kita susun untuk nampak siapa customer kita dan apa yang value kita dah bagi pada mereka sehingga mereka setia dengan produk/servis yang ditawarkan.

2 – Bila anda nak buat promosi/offer, guna database yang anda dah susun dalam excel.

Contoh : Guna semua medium yang anda ada. SMS, Whatsapp, FB Messenger, Instagram, Email atau Telegram untuk hantar mesej promosi/offer yang anda nak berikan.

Saya bagi anda contoh ayat.

Hi Puan Amira. Lily ni.

Terima kasih sebab Puan pernah membeli produk ABC kami sebanyak 3 kali.

Disebabkan Puan Amira dah menjadi pelanggan setia, Lily nak offer special promo dekat Puan.

Dengan pembelian produk ABC hari ni, Puan Amira akan dapat Free gift bernilai RMXX + Free Postage.

Khas untuk Puan Amira je jika Puan buat pembelian sebelum jam 11 malam.

Saya tak nak Puan terlepas peluang ni, jadi saya akan tunggu Puan sehingga jam 11 malam ye.

Tekan je link dekat bawah untuk Puan Amira claim sekarang ye.

Dapat belajar sesuatu?

Kalau anda belajar sesuatu, terus praktikkan dan share manfaat ni kepada rakan atau usahawan lain yang anda kenal.

Jika anda nak belajar lagi detail macam mana nak buat sales dari database customer, anda boleh dapatkan Customer Retention Strategy.

Kami akan share kepada anda strategi yang kami guna untuk gandakan sales 5-6 angka hanya menggunakan database. Tak guna Fb Ads pon.

Di dalam Customer Retention Strategy, anda akan di ajar modul :

1 – Mindset dan gerak kerja yang betul

2 – Strategi yang kami gunakan untuk follow up customer sedia ada.

3 – PERCUMA Template skrip untuk anda follow up customer database.

Dan ada 4 bonus yang kami akan bagi untuk bantu anda buat sales dari database.

Klik pada butang di bawah untuk dapatkan Customer Retention Strategi sekarang.

Scroll to Top
Perlu bantuan?