Benda ini biasanya marketer panggil tripwire.
Apa itu tripwire?
Tripwire: Jual produk pada harga murah (dan kos penghasilan juga murah).
Ada dua perkataan murah di sini:
1 – Kos penghasilan produk murah.
2 – Jual pada harga murah.
Tripwire adalah sebahagian daripada proses sales funnel.
Matlamat utama adalah: Jualan daripada produk ini akan menanggung sebahagian besar kos iklan kita setiap hari.
Bayangkan begini:
Kempen iklan > Beli produk (Tripwire) > Upsell (Main product).
Biasanya produk-produk kategori tripwire ini terdiri daripada:
1 – Ebook.
2 – Video.
3 – Webinar.
4 – Consultation.
5 – Cheat sheet.
6 – Checklist.
7 – Trial (3 days / 7 days / 14 days / 30 days).
Contoh simulasi?
Kos iklan hari ini (RM100) > 10 orang beli produk tripwire RM10 > Upsell ke Main Product (RM149).
Hasil jualan yang dijana daripada tripwire ini boleh digunakan untuk menampung kos iklan kita.
Jika produk tripwire kita bagus, maka ia membantu untuk meningkatkan conversion rate kita untuk upsell ke main product.
Dalam kelas online Simple Sales Funnel nanti, saya akan share cara untuk brainstorm dan jual produk kategori tripwire ini.
.
Bila ada produk tripwire, kita boleh buat keputusan untuk spend bajet iklan serendah RM15 atau sebesar RM1,000.
Kerana kita sudah kawal perjalanan customer kita sebelum beli main product.
Dah daftar ke kelas Simple Sales Funnel? (Klik sini)
Soalan: Apa idea produk tripwire anda?
