Cara berkesan tiru iklan pesaing?

Saya pernah tiru iklan pesaing.

(Tapi pesaing tak marah pun)

Nak tahu sebab apa?

Sebab saya bukan tiru bulat-bulat.

Saya tak tiru setiap ayat.

Saya tak tiru gambar atau visual.

Saya juga tak tiru tawaran yang sama.

.

Okay, mungkin saya silap guna perkataan.

Saya tak tiru pun.

Saya jadikan setiap iklan yang saya nampak sebagai ‘modal idea’.

Kenapa ilmu ini sangat penting?

1 – Kita sebenarnya tengah buat proven research.

2 – Bukan sekadar mengkaji. Tapi mengkaji iklan yang berkesan.

3 – Kenapa perlu fikirkan idea sedangkan idea dah ada disekeliling kita?

.

Tapi, ramai orang salah anggap tentang modal idea ini.

Mereka pergi tiru sebijik iklan yang mereka nampak.

THAT. IS. SO. WRONG.

.

Kalau kita sendiri tak suka orang tiru, bayangkan orang lain.

(Walaupun mereka pesaing kita dan kita nak balas dendam)

.

Here’s how you do it right.

 

SATU – Lihat cara dia buat iklan. Kalau dalam bentuk teks, apa idea asasnya?

Kalau guna video, apa idea asasnya?

DUA – Lihat konsep.

Adakah dia guna animasi? Atau dia guna slideshow? Atau dia guna staf atau customer?

TIGA – Lihat tawaran dia. Kemudian tanya diri kita macam mana nak buat lebih baik?

.

Semoga bermanfaat dan terus buat ya.

Scroll to Top