20,000 unit phone holder terjual. Apa yang saya buat?

(Case study dan sekali contoh untuk terus tiru dalam masa 24 jam)

Cerita ini dah lama.
Tapi setiap kali saya berkongsi strategi ini orang ramai, mereka akan berterima kasih.
Kerana ia membuka minda terhadap satu perspektif baru dalam marketing dan copywriting.
 
Pertama sekali, 20,000 unit phone holder itu bukan produk saya.
Pendek cerita, salah seorang kawan saya terpengaruh untuk beli stok di China.
Alhamdulillah, beliau gagal untuk jual.
 
Dalam masa sama, bukan senang nak jual. Banyak eksperimen yang perlu dilakukan sebelum kami jumpa the best ads creative dan strategi.
Mula-mula rugi dalam RM2,000 juga untuk kos iklan.
Hampir nak give up.
Selepas itu, cahaya mula nampak di hujung terowong.
 
Pendek cerita lagi, dalam masa beberapa bulan, lebih kurang 20,000 unit terjual.
Dia buat duit, saya tak dapat 1 sen pun.
Jadi dalam post ini, saya cuba untuk bagi contoh strategi copywriting yang kita boleh buat sama-sama.

1 - Jangan jual kat semua orang (walaupun produk seringkas phone holder)

Saya panggil strategi pertama sebagai bottleneck copywriting.
Supaya senang untuk kita faham, saya terus bagi contoh berdasarkan produk phone holder.
 
Contohnya:
Produk: Phone holder.
Bottleneck copywriting 1: Jual kepada semua orang yang perlukan phone holder.
Bottleneck copywriting 2: Jual kepada semua pengguna kereta BMW.
Bottleneck copywriting 3: Jual kepada semua pengguna kereta Proton.
Bottleneck copywriting 4: Jual kepada semua pengguna kereta Myvi (bukan Perodua).
Kesimpulan: Daripada 20,000 unit yang terjual, 75% datang daripada pengguna kereta Myvi.

2 - Psikologi harga.

Saya bab harga ini tak pandai sangat. Banyak belajar daripada buku yang ditulis oleh Hermann Simon.
Bukunya? Confession of the Pricing Man.
Saya recommend banyak beratus kali buku ini. Kita akan dapat banyak perspektif dan strategi berbeza.
 
Untuk kes phone holder, saya gunakan taktik psikologi harga seperti contoh di bawah:
Harga asal: RM99 untuk 1 unit.
Harga diskaun jika anda pengguna kereta Myvi: RM69 untuk 1 unit dan free shipping.
Tawaran khas untuk golongan spesifik yang kita jual.
 
Nampak macam simple?
Cuba tengok betul-betul.

3 - Call to action yang simple dan cipta expectation.

Wajib ada call to action.
 
Kalau tak ada, ibarat kita cakap kepada customer:
“Nak beli? Carilah sendiri! Haha”
 
Call to action yang saya maksud dalam strategi ini adalah:
(Senang bagi contoh, terus kita boleh faham dan terus buat)
Whatsapp staf saya sekarang (Amira) dan beliau akan terus packing hari ini:
(Link whatsapp) // 012 3456789
Esok kami terus suruh Pos Laju hantar dan anda boleh terus pasang kat kereta Myvi dan berlagak dengan kawan-kawan.
 

4 - Visual iklan ikut pengguna kereta yang kita mahu.

75% daripada 20,000 unit produk tadi datang daripada pengguna kereta Myvi.
Baki 25% pun tak boleh dilupakan.
 
Jadi dari sudut visual, ini contoh apa yang kami buat:
Jual kepada pengguna Myvi:
+ Gambar produk phone holder digunakan di kereta Myvi.
+ Video produk phone holder digunakan di kereta Myvi (customer punya atau kita sendiri).
 
Jual kepada pengguna BMW:
+ Gambar produk phone holder digunakan di kereta BMW.
+ Video produk phone holder digunakan di kereta BMW (customer punya atau kita sendiri).
 
Jual kepada pengguna Proton:
+ Gambar produk phone holder digunakan di kereta Proton.
+ Video produk phone holder digunakan di kereta Proton (customer punya atau kita sendiri).

5 - Scale by audience (with proven ads creative)

Cerita 6 tahun lepas, tak sama dengan cerita tahun ini.
Masa itu, scaling agak straight forward.
 
Masa itu pun strategi ads scaling kami hanya berpandukan pada:
1 – Customer diversification (Jangan risau, saya bagi contoh).
2 – Proven ads creative (Jangan risau juga, saya bagi contoh).
 
Untuk contoh customer diversification:
1 – Kami besarkan bajet iklan dan tambah iklan berbentuk testimonial customer (video) pada pengguna Myvi.
2 – Kami eksperimen iklan untuk pengguna kereta yang lain (seperti Wira, Exora, Axia, Viva, dan sebagainya).
 
Untuk contoh proven ads creative:
1 – Iklan video yang berkesan untuk pengguna Myvi, kami akan tiru dan ubah jenis kereta saja seperti BMW, Proton dan sebagainya).
2 – Iklan video yang berkesan untuk pengguna Myvi, kami akan tiru dan ubah jenis kereta saja seperti BMW, Proton dan sebagainya).
 
Strategi ini bukan sekadar teori.
Saya sendiri dah eksperimen untuk produk kawan saya.
Jadi, saya harap semua yang membaca dapat terus tiru dan ubahsuai.
Baca berulang-ulang kali. Buat juga berkali-kali.
 
Kemudian saya nak jumpa dan bekerjasama dengan semua usahawan yang mahu mahirkan skil copywriting dan marketing.
 
Saya ada buat kelas selama 5 hari (100% online).
Nama kelas ini: Copywriting That Convert.
 

SIMULASI & CONTOH (STEP-BY-STEP)

Scroll to Top
Scroll to Top
× Perlu Bantuan?